Pengenalan Karangan Naratif Contoh 1 Tujahan cahaya matahari menyelinap masuk menerusi kaca tingkapku. Aku terjaga dari tidurku yang nyenyak. Jam dinding menunjukkan pukul lapan pagi. Aku sudah terlewat untuk ke sekolah. Aku segera mencapai tuala. Tanpa aku sedari, bingkai gambarku jatuh ke lantai. Serpihan kaca dari bingkai gambar itu hancur berkecai. Tiba-tiba, ingatanku kembali menjangkau suasana masa lampau yang telah berlaku. Contoh 2 Senja kian merangkak pergi. Matahari perlahan-lahan memberi ruang kepada Sang Bulan menerangi kegelapan malam. Begitulah peraturan alam ciptaan Tuhan. Namun, segalanya berubah dengan sekelip mata hanya kerana peristiwa itu. Contoh 3 Malam itu bukan principal gelapnya sehingga pokok-pokok di tepi jalan raya tidak kelihatan dengan jelas. Hujan lebat semenjak petang tadi masih mencurah-curah. Guruh berdentam-dentuk dan kilat sabung-menyabung. Sejuk bukan kepalang lagi sampai ke tulang hitam rasanya. Saat-saat begini membuatkan aku teringat tentang peristiwa yang berlaku itu. Contoh 4 Sang Fajar menyuluh bumi. Ia seakan-akan tidak pernah lupa pada rutinnya. Pagi yang cerah dan bertemankan kicauan burung itu telah menterakan suasana. Aku duduk berteleku memandang secangkir kopi yang telah disiapkan oleh pembantu rumah. Sekonyong-konyong, benak fikiranku diketuk. Contoh 5 Mulutku terkunci, hatiku terkatup dan tenggelam dalam kepiluan. Awan mendung bergayutan di pelipis mataku. Mukaku bertukar menjadi merah-padam mengenang nasibku kini. Ingatanku masih segar kepada peristiwa yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Dipos oleh Cikgu Fazidah1. LATAR SUASANA (menggambarkan suasana atau keadaan tempat) Sang Fajar menyuluh bumi. Ia seakan-akan tidak pernah lupa pada rutinnya. Pagi yang cerah dan bertemankan kicauan burung itu telah menterakan suasana. Aku duduk berteleku memandang secangkir kopi yang telah disiapkan oleh pembantu rumah. Sekonyong-konyong, benak fikiranku diketuk. 2. DIALOG (perbualan dua watak) Percayalah, satu hari nanti, pesalah itu akan tertangkap juga. Berapa lamalah dia boleh lari Berapa jauhkan dia boleh bersembunyi Kalau pihak berkuasa tak menangkapnya, dia sendiri yang akan menyerah. Tak akan aman hidupnya. Tak akan lena tidurnya. Rasa bersalah dan berdosa akan terus menghantui dirinya, pujuk Nita. Terima kasih, Nita. Walaupun kau anak angkat, kami anggap kau macam anak kandung kami sendiri. Kami memang tidak ada anak kandung sendiri, kata Pak Andak. 3. MONOLOG (perbualan dalam hati atau luahan perasaan) Aku masih lagi duduk di sebuah bangku dengan penuh kerisauan. Bilik pembedahan di hadapanku masih lagi beroperasi. Lampu merah masih lagi menyala menandakan pembedahan masih belum selesai. Emak masih lagi menangis dan ayah sedang memujuknya. Mira adalah satu-satunya adikku di dunia walaupun dia bukanlah adik kandungku. Tanpa disangka-sangka, ibu telah membuat ugutan dan ayah telah melafazkan talak di hadapanku. Empangan airmataku pecah dan manik-manik jernih mula merembes keluar. Aku berlari ke kamar dan menghempas daun pintu. Esakan tangisanku semakin kuat dan kali ini, airmataku mengalir seperti air di kali yang deras. Aku tidak tahu harus berbuat apa lagi. Hanya airmata yang setia menemaniku sepanjang hari. TUGASAN KAMU: Sekarang, kamu pula hasilkan 4 jenis permulaan kamu sendiri di dalam buku Karangan kamu. Gunakan tema penyesalan atau keinsafan untuk memandu permulaan kamu. Permulaan kamu tidak perlu ada kaitan dengan cerita Janji Mira dan boleh menggunakan watak kamu sendiri. Setiap permulaan juga tidak perlu gunakan watak atau cerita yang sama. Esok, di dalam kelas, Saya ingin lihat 4 jenis pemulaan kamu itu dan kita akan bincangkan. Dari itu, pastikan kamu sudah menyelesaikannya sebelum datang ke kelas. Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment